Saturday, July 12, 2008

Pendapat

(Kaki Kayu)

Saya selalu menerima panggilan last minute untuk khidmat kesihatan. Kadang-kadang oleh kawan sendiri. Saya jadi serba salah untuk menerima atau menolak. Kalau saya terima, mereka memang legalah... sebab dapat doktor. Tapi sayalah pulak kena korban schedule yang dah buat dengan orang lain terutama anak-anak. Walaupun memenuhi panggilan atau memenuhi keperluan orang lain itu lebih afdhal dan disukai Allah, tapi bila dah kerapkali berlaku seperti itu, tergugat jugak keikhlasan kita. Kalau saya tolak, memanglah saya puas hati sebab jadual saya tak berubah, tapi bagaimana dengan mereka, perasaan mereka dan lain-lain. Kadangkala hubungan saya dan mereka jadi renggang... Ini pernah berlaku.

Jadi, sekarang kita telah mempunyai organisasi yang tersusun. Kita telah mempunyai jadual standby call untuk khidmat kesihatan. Masalah seperti kat atas tu mungkin akan selesai. Tapi satu lagi masalah timbul apabila mereka nakkan tenaga kita untuk 'sehari'. 9 pagi sampai 4 petang. Saya pernah beberapa kali dipanggil untuk sumbangkan tenaga sebegini. Biasanya untuk standby hari keluarga, mesyuarat agong, sambutan hari-hari tertentu dan sebagainya. Pernah satu hari tu, saya dah penat standby waktu pagi. Kebetulan tu doktor lain tak ada. Penganjur dan orang yang terlibat menguruskan tenaga doktor ni entah macam mana miss communication. Akulah yang jadi 'mangsa'... Tengahari tu sayapun baliklah. Saya pesan kepada petugas mereka. Kalau ada kes, call saya.. sampai ke petang tak ada orang call. Sayapun duduk rumah jelah. Ingat semua ok. Malam tu saya terima call dari sahabat (doktor) yang handle petugas. Dia tak marah, cuma tanya apa terjadi dengan kes petang tadi. Saya kata tak tau. Dia tanya bukan saya ke yang bertugas. Sayapun jelaskan kedudukan... Kes petang tu seorang terpaksa dibawa ke hospital sebab luka yang agak besar dan berlaku continuous bleeding.

Nak ceritanya buka apa, kalau khidmat tu terlalu panjang masanya kita perlukan beberapa orang doktor untuk berganti tugas. Kalau doktor tak cukup, kita tak boleh memberikan persetujuan kerana kesianlah pulak doktor yang akan bertugas tu. Kita perlu melihat kemampuan kita juga. Kadang-kadang kita terasa malu nak beritahu akan kelemahan kita kepada mereka, lalu kita terima semua jemputan mereka. Tapi akhirnya kita juga yang menerima 'akibatnya'. Undangan tak tertunai dan perkhidmatan tak optima.

Oleh itu saya berharap, kita perlu menyatakan beberapa guideline antaranya ialah masa bertugas tidak melebihi 2 jam dan jika lebih, perlukan gantian.

Bagi saya...biarlah kita berkhidmat dengan penuh ikhlas. Keikhlasan itu datang dari hati yang suka. Kalu hati tak suka... takut tak ikhlas. Bukankah iman kita berbeza?

No comments: