Thursday, July 17, 2008

Mari Bersukan Dan Bersilaturrahim

(Pengerusi Papisma Terengganu)

Assalamualaikum.
Beberapa minggu yang lalu kita telah merancang untuk mengadakan aktiviti bersama dengan tujuan untuk merapatkan ukhuwah. Aktiviti pertama yang kita rancang ialah bermain badminton. Setelah survey dibuat oleh Potfolio Perhubungan, maka beberapa sahabat telah memberikan persetujuan untuk terlibat. Booking dibuat oleh Dr. Md. Arif Ibrahim (Klinik Ihsan) di TER (Terengganu Equestrian Resort) di Kuala Ibai. InsyaAllah tarikhnya ialah pada 21 Julai 2008, pukul 9-11 malam. Semoga sahabat yang ada kelapangan, meskipun tidak memberikan nama dapat hadir bersama.

Menyentuh tentang permainan badminton ni, saya teringat semasa saya di hospital daerah dulu (1996 - 1999), saya begitu aktif dengan sukan. Antaranya badminton. Meskipun taklah pandai mana, tapi saya cukup suka dan seronok main badminton. Tak sabar-sabar rasanya nak tunggu hari tu tiba. Gelisah sekali. Kalau kena hari tu on-call, saya datang hospital hari tu bawak baju sukan. Kot-kot tak ada patient, boleh keluar kejap, main. Saya main bersama-sama penyelia dan staf hospital. 2 kali seminggu. Kalau ada kejohanan peringkat daerah, kami pakat-pakat turut serta. Setahun sekali saya wakil KESUKES mewakili Terengganu lawan Kelantan iaitu kejohanan persahabatan yang telah menjadi tradisi turun temurun. Sampailah lutut saya tercedera semasa bermain badminton. Sayapun jadi tak aktif bermain badminton.

Menyentuh tentang kejohanan persahabatan ni, saya terfikir juga kalau kita dapat mengadakan perlawanan persahabatan dengan Papisma Kelantan bagus juga. Programnya sehari. Kita pergi ke Kelantan atau mereka datang sini dengan tujuan silaturrahim dan bertukar pengalaman. Kalau mereka datang sini, pagi tu kita main sampai tengahari. Kalau ada muslimat, mereka main indoor game sudahlah... Petang kita adakan sesi diskusi. Kita carilah tajuk-tajuk sesuai. Malam kita buat dinner. Saya rasa kalau kita dapat buat dan jadikan program tahunan tentu menarik.

Sebenarnya tubuh dan mental kita perlukan rekreasi. Namun ia tidak terhad kepada sukan. Saya suka sukan sebab ia akan menenangkan fikiran dan mengaktifkan fizikal. Ia akan menyebabkan perjalanan darah menjadi aktif dan lancar. Mereka yang ada masalah penyakit yang ringan seperti sembelit, kembung, sakit kepala yang berulang-ulang, mudah letih dan sebagainya biasanya hilang dengan sukan yang berkala. So, apa lagi... marilah kita bersukan.

2 comments:

Anonymous said...

"Mereka yang ada masalah penyakit yang ringan seperti sembelit, kembung, sakit kepala yang berulang-ulang, mudah letih dan sebagainya biasanya hilang dengan sukan yang berkala"

Huwaa...semuanya aku ada...sah sebab kurang bersukan! Bukan setakat kurang, memang dah tak bersukan langsungpun! Kih,kih,kih...

Waa..best ah cadangan sukan persahabatan tu. Sambil muslimin bersukan, sambil muslimat 'berehat sakan'..he,he..acah je.

Jom semua..kita jadikan ia realiti!

Anonymous said...

akupun suka jugak sukan ni. badminton paling mudah dilakukan. dulu main jugak, tapi sekarang ni kesibukan menyebabkan 'selera' untuk rekreasi jadi terbantut. perutpun dah memboyot. kolesterol pun tinggi kot. kalu ada yang memulakan, bagus tu. kalu ada perlawanan persahabatan dgn kelantan molek juge ye. aku jadi penyokong jadile..