Sunday, July 13, 2008

Makluman

(Biro IT)

Assalamualaikum.

Untuk makluman sahabat/iat semua, Biro IT amat mengalu-alukan penghantaran berita dari sahabat semua dalam 'mengupdate' perkembangan terkini sahabat-sahabat Papisma. Berita boleh ditulis dalam apa jua bentuk seperti cerita, luahan perasaan, berita terkini, kisah-kisah pesakit, berita-berita unit/jabatan, nasihat dan pengajaran etc. Semua berita itu bolehlah terus diemelkan kepada saya di roszaman@yahoo.com. Segala rahsia terpelihara jika kerahsiaan itu diperlukan. Tulisan tidak semestinya panjang, sekadar menyampaikan maklumat dalam 4-5 barispun cukup. Saya juga amat berbesar hati sekiranya ada cadangan atau teguran untuk menambahbaikan blog kita ini.

Saya mengucapkan terima kasih di atas penghantaran berita, perutusan dan lain-lain yang telah diberikan oleh sahabat/iat sekalian sebelum ini. Semua telah saya terbitkan. Semoga segala idea dan ilmu yang disampaikan itu akan menjadi saksi di akhirat sebagai sebahagian dari amalan kita di dunia ini. Medan percambahan minda yang pelbagai seperti yahoogroups, c-box dan buletin ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Saya bercadang agar semua potfolio dapat memberikan serba sedikit input ke dalam blog buletin ini untuk tatapan kita semua. Untuk makluman semua kita ada potfolio tarbiyah, kebajikan ahli, perhubungan, IT, ekonomi dan khidmat kesihatan. Di harap agar ketua-ketua potfolio dapat memberikan sumbangan dan peranan yang aktif dalam blog ini.

Saya ditanya kenapa blog buletin yang saya buat, bukan buletin biasa? Sebenarnya memang saya ingin menerbitkan buletin biasa pada awalnya, tapi kerjanya cukup rumit dan melibatkan tenaga dan kos yang banyak. Maklumlah...kita yang sentiasa sibuk dengan kerja dan ada pula yang disibukkan dengan komitmen persatuan-persatuan lain di luar... takut-takut ia adalah limitasi tak terjangka yang akan memendekkan umur buletin tersebut.

So, inilah jalan terbaik dan termurah yang boleh digapai. Hanya sanya ia memerlukan sedikit komitmen dari semua.

Sekian.

No comments: