.

PAPAN KENYATAAN



  • PROGRAM-PROGRAM PAPISMA TERENGGANU




    Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda;
    “Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.” (HR At-Tirmizi)

    Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda :
    " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin, suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat."(HR Muslim)

  • JUALAN BUKU


    Hubungi
    Dr. Zaihan Salleh (012-9850123)


  • Hubungi
    Dr. Khatijah Musa (019-9222057)

Wednesday, July 30, 2008

Hidung Berdarah? Jangan Panik.

(Dari klinikummi.blogspot.com)

Assalamualaikum.

Kali ni 'sembang-sembang penyakit' berubah angin ke blog lain pulak...he,he...blog klinikummi dah kena locked daa...apa nak buat? Namun perjuangan tetap diteruskan...selama mana blog klinikummi 'terkunci', maka di sinilah sembang-sembangku beralih arah..'no hal' punya,kan..hi,hi. Harap moderator Buletin Papisma Trg boleh kasi canlah.

Ok, kembali kita kepada sembang-sembang penyakit pula. Beberapa kali ummi didatangi pesakit yang datang dalam keadaan panik kerana masalah pendarahan hidung. Di kalangan masyarakat kita sememangnya apa-apa yang berkait dengan pendarahan, mudah aja kita menjadi panik. Mungkin disebabkan kurangnya kefahaman kita terhadap asas-asas pertolongan cemas atau mungkin orang kita ni lemah semangat tengok darah? Entahlah...apa-apapun, kebanyakan kes hidung berdarah ni lebih merupakan sesuatu yang mengacau dan mengganggu, bukan membahayakan...tetapi perlu diingat, ada juga yang menakutkan dan kadang-kadang terdapat kes yang boleh mengancam nyawa! Jom kita sembang bab hidung berdarah atau nama lainnya epistaxis...

Apakah Fungsi Hidung?

Sebelum kita bersembang lebih jauh, mari kita meneliti terlebih dahulu apakah fungsi utama hidung yang dicipta oleh Pencipta yang Maha Agung ;

1. Rerambut dan mukus di tepi dinding hidung - menjalankan proses penapisan udara dengan memerangkap habuk. Pada masa yang sama udara juga akan dihangatkan. Sebagaimana yang kita maklum, udara pernafasan yang tercemar atau dingin adalah berisiko mengancam kesihatan manusia.
2. Tulang nasal – secara istimewanya dibentuk untuk memanipulasi pergerakan udara supaya hanya kandungan udara yang telah menjalani kitaran di bahagian hidung dan yang telah dihangatkan sahaja yang masuk ke dalam paru-paru.

Subhanallah. Sudah tentulah rekaan yang sedemikian bijaksana datangnya daripada Pencipta yang Maha Hebat!

Kenapa Hidung Boleh Berdarah Dengan Mudah?

Permukaan dalaman hidung dilapisi membran mukosa (lapisan lembap yang menggalas struktur berongga seperti saluran pernafasan) supaya kulit sentiasa lembap. Membran mukosa ini mempunyai banyak salur darah yang sensitif dan mudah luka.

Apakah Pula Punca Berlakunya Pendarahan?

Antara punca yang seringkali menyebabkan pendarahan hidung:

1. Trauma atau Kecederaan

• Berlaku akibat:
- mengorek hidung dengan kuku tajam atau jari pada mukosa hidung yang radang
- bersin atau menghembus hidung terlalu kuat
- jangkitan seperti selsema
- cuaca yang terlampau panas atau sejuk sehingga menyebabkan kekeringan lapisan mukosa hidung
- patah hidung
• Trauma membawa kepada luka pada lapisan membran hidung yang kaya dengan saluran darah.
• Tahap pendarahan bergantung kepada saiz dan jenis pembuluh darah terbabit. Jika satu arteri besar yang terbabit, maka pendarahan menjadi serius dan tidak terkawal

2. Penyakit Hidung

(a) Rhinitis atau Resdung
• Berlaku akibat:
- radang pada membran mukosa yang diserang virus atau bakteria
- tindak balas kepada alahan.
• Hingus yang keras dan melekat pada membran mukosa akan menyebabkan luka bila hidung dikorek.
• Kerap berlaku kepada kanak-kanak.
• Pendarahan biasanya sedikit dan berhenti dengan sendiri tetapi boleh berulang.
• Pendarahan boleh dicegah dengan mengubati penyakit rhinitis.

(b) Kanser Nasofarinks (pangkal hidung)
• Kerap berlaku di Malaysia, terutama kepada masyarakat keturunan Cina yang berumur empat atau lima puluhan ke atas.
• Gejala paling biasa adalah hidung berdarah.

(c) Kanser Rongga Hidung
• Sejenis ketumbuhan di pangkal hidung yang boleh berlaku kepada kanak-kanak lelaki berumur belasan tahun.
• Hidung boleh berdarah dengan banyak.

3. Penyakit Lain

(a) Tekanan Darah Tinggi

(b) Penyakit Darah seperti myeloma, leukimia dan limfoma yang menyebabkan pembuluh darah tidak mengecut

4. Kesan Sampingan Ubat-Ubatan
Penggunaan ubat seperti aspirin, warfarin dan ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs) boleh juga menyebabkan pendarahan.

Dua Jenis Hidung Berdarah :

A. Hidung berdarah dari depan (anterior)

Pendarahan jenis ini bermula pada bahagian septum iaitu dinding yang memisahkan dua lubang pada hidung. Septum mempunyai banyak salur darah yang mudah luka apabila kita menghembus nafas terlalu kuat, terkena objek tajam seperti hujung kuku, cuaca yang terlalu panas dan kering sehingga membran hidung menjadi ’retak’, menggelupas dan berdarah.

Kriterianya adalah:

• Hidung berdarah berlaku dari depan bahagian hidung
• Darah keluar daripada salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali
• Walau dalam keadaan pesakit sedang berdiri ataupun bangun.

B. Hidung berdarah dari belakang (posterior)

Pendarahan jenis ini jarang berlaku.

Kriterianya adalah:

• Hidung berdarah berlaku jauh ke dalam hidung
• Darah mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak
• Walau dalam keadaan pesakit sedang berdiri ataupun bangun.

PENJAGAAN SENDIRI

Untuk menghentikan hidung berdarah dari depan

• Bertenang, duduk menegak (jangan baring), tundukkan sedikit kepala dan picit bahagian hidung yang lembut dengan menggunakan jari telunjuk dan jari ibu - tekan dengan kuat menghala ke muka dan mampatkan bahagian hidung yang dipicit sehingga menampan tulang muka.
• Tahan selama 5-10 minit (bernafas hanya melalui mulut sahaja dan jika perlu boleh meludah darah yang mungkin keluar dari mulut).
• Lepaskan picitan selepas 10 minit dan tengok sama ada pendarahan sudah berhenti.
• Jika pendarahan belum berhenti, ulang picitan sekali lagi.
• Letakkan ais (yang dihancurkan dalam kain bersih) ke dahi dan pipi.

Untuk mencegah hidung berdarah semula setelah berhenti

• Jangan picit atau menghembus hidung
• Jangan kesat atau korek darah beku di dalam rongga hidung
• Jangan membeban atau membongkokkan badan untuk mengangkat sesuatu yang berat
• Jangan tunduk atau meletakkan kepala di bawah paras jantung untuk jangka masa yang lama.
• Usah biarkan hidung menjadi terlalu kering (anda mungkin perlukan ubat sapu antibiotik pada hidung atau sentiasa membasahkan hidung dengan air)
• Jangan memasukkan sesuatu ke dalam hidung seperti kertas tisu atau mengorek dengan jari.

JUMPALAH DOKTOR JIKA...

• Hidung masih berdarah dan tidak mahu berhenti atau telah berhenti tetapi datang semula
• Pendarahan semakin cepat atau terlalu banyak darah yang keluar
• Jika anda terasa letih atau pitam kerana kemungkinan ianya disebabkan oleh kehilangan darah yang banyak
• Darah mula mengalir melalui bahagian belakang tekak dan tidak dari bahagian depan hidung

Langkah seterusnya yang dilakukan di hospital atau klinik ialah memberi resusitasi kepada pesakit serta melakukan pemeriksaan endoskopi hidung untuk mencari tempat dan saiz pendarahan serta puncanya.

Langkah ini mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut seperti pemeriksaan fizikal pesakit, tekanan darah, ujian darah dan pemeriksaan radiologi jika perlu.

Demikianlah adanya....faham ke tak faham ni? Susah juga nak dapatkan respons dari pembaca ni ek? Setidak-tidaknya, responslah sikit kat cbox tu. Macam ummi sembang sorang-sorang je boring juga. Kan ada yang merajuk malas nak sembang dah lepas ni, baru tahu! He,he...

**************************************************************************************

Perjumpaan Papisma Kali Ke-2

(Pengerusi Papisma Terengganu)

Esok, 31 Julai 2008 akan berlangsung perjumpaan Papisma Terengganu buat kali ke-2 yang dijadualkan di rumah Dr. Razin, pukul 9.00 malam. Saya bagi pihak AJK mengucapkan ahlan wa sahlan kepada semua ahli dan dengan harapan yang tinggi agar semua ahli dapat meluangkan masa untuk menghadirinya.

Program tersebut akan diisi dengan agenda yang menarik oleh Potfolio Tarbiyah di mana beliau telah menjemput YBhg. Tuan Haji Yahya b. Ali seorang tokoh politik negeri Terengganu untuk mengupas dan menjawab persoalan-persoalan yang akan dibangkitkan. Selain itu, mesyuarat ringkas juga akan diadakan yang menyentuh persoalan-persoalan dalaman dalam usaha mempertingkatkan imej dan kualiti Papisma Terengganu.

Ila Liqa'.

Pengerusi.

Tuesday, July 29, 2008

Terharu Menghargai Sebuah Pertemuan

(Dari Emel)

Di kampus dahulu kami dari kumpulan yang berlainan. Kumpulan kami mempunyai pengikut sendiri. Kami menegakkan ideologi sendiri mengikut idealisme seorang mahasiswa yang perfectionist. Kami sering bertentangan dalam banyak isu kerana ideologi tadi. Dalam kumpulan itu, kami sedaya upaya mengembangkan kumpulan dengan berusaha memperbanyakkan ahli. Dalam usaha memperbanyakkan ahli itu, kami kadangkala terpaksa 'bermuqabalah' kerana berlakunya tarik-menarik ahli. Jika seorang ahli menyeberang, kami merasakan ia suatu kerugian yang besar kepada masa depan perjuangan.

Setiap sesi pengambilan mahasiswa baru yang akan diadakan pada bulan Mei atau Jun, kami menjadi begitu sibuk untuk menyambut pelajar-pelajar baru bagi memastikan adik-adik yang baru mendaftar dapat disambut sedemikian rupa dan seboleh mungkin melakukan follow-up untuk membawa mereka masuk menyertai kumpulan kami. Persiapan biasanya akan dilakukan sejak bermulanya pemilihan MPP kerana AJKO (Ahli Jawatankuasa Orientasi) adalah di bawah kendalian MPP (Majlis Perwakilan Pelajar). Jadi, pemilihan MPP akan jadi sengit dan panas. Alhamdulillah, biasanya kami sentiasa dapat menambah keahlian setiap tahun.

Selain itu, surau desasiswa akan menjadi tumpuan untuk melakukan aktiviti tafahum, ilmu dan memperkasakan ukhuwah ahli. Masing-masing kami akan menonjolkan 'calon-calon' imam yang merupakan imej kumpulan. Pendekata, apa saja method dan ruang yang ada akan kami gunakan untuk menjadikan kumpulan kami lebih prominent dan menjadi pilihan.

Pada pertengahan tahun 1994, saya memulakan satu 'gagasan' atas inisiatif sendiri dengan mendapat persetujuan dari sebahagian ahli Majlis Syura untuk membuat satu gabungan. Saya melihat 'pertentangan' kami selama ini hanya menyebabkan kami semakin jauh antara satu sama lain. Kami mempunyai kelebihan sendiri untuk kepentingan Islam. Mengapa tidak ianya digabungkan untuk kekuatan Islam di kampus? Akhirnya gagasan untuk bersama itu dipersetujui di peringkat kumpulan beliau juga. Tetapi hanya setakat pertemuan untuk beberapa aktiviti seperti riadah dan mengimarahkan surau (kebetulan kedua-duanya memang menjadi favourite kami kerana kamipun adalah football player untuk mewakili batch kami).

P1000497 by you.Di peringkat surau, beliau merupakan imam yang bagus. Saya suka dengan cara dan gaya bacaannya. Beliau juga seorang pentazkirah yang agak baik, dan tidak suka meleret-leret.

Dari sudut pelajaran tidak pernah kami lupakan. Kami sentiasa menjaga akademik meskipun aktiviti kami di kampus begitu sibuk kerana itu adalah kewajipan kami juga. Akhirnya, Alhamdulillah tahun kami itu iaitu batch ke-10 Medic USM (kalau tidak silap), telah berjaya lulus 100%!! Tidak ada yang gagal termasuklah seorang yang mempunyai penyakit psychiatric pada masa itu dan senior-senior yang repeat year.

Bulan Mei 1995, kami meninggalkan dunia kampus untuk membina kehidupan sendiri sebagai para doktor untuk berada di dalam medan sebenar kehidupan. Setelah tamat 3rd posting di Hospital Kota Bharu (kini HRPZ2) saya sambung lagi dalam bidang orthopedik dan district hospital di Kuala Berang. Sebelum membuka perniagaan sendiri menuruti sunnah Rasulullah SAW.

Pada Tahun 1998, suatu peristiwa besar yang melanda negara dengan pemecatan DSAI sebagai TPM atas tuduhan liwat yang tidak masuk akal. Di situ nama beliau kembali menerjah kotak ingatan kerana abang beliau terlibat secara langsung dengan DSAI dalam menggerakkan reformasi sebagai pendokong dan penyumbang dana di sebalik tabir. Siasah Allahyarham Dato' Fadzil Noor yang menubuhkan Gerak dengan menghimpunkan majoriti badan-badan NGO Islam dan seluruh NGO yang bersimpati dengan DSAI rupa-rupanya telah menyatukan wadah dan matlamat perjuangan kami yang dulunya begitu berbeza di kampus.

26 Julai 2008, kira-kira 13 tahun kami tidak bertemu, saya menerima satu panggilan dari nombor yang tiada dalam database telefon saya. Rupa-rupanya beliau yang berada di talian yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Kota Bharu untuk menghadiri mesyuarat di bidangnya (Pharmachology). Meskipun beliau terpaksa menempuh perjalanan yang 80km lebih jauh, beliau datang untuk menemui saya.

Dalam pertemuan itu, beliau menjadi orang yang jauh berbeza. Perbualan kami begitu senada dan penuh dengan titik persamaan. Beliau bercerita sejarah beliau yang panjang dalam era sebelum reformasi dan selepas reformasi. Beliau juga terlibat secara langsung mempertahankan DSAI kerana beliau ada bersama abang beliau ketika itu di rumah DSAI. Kemudian satu-persatu perniagaan yang beliau ceburi bersama abang beliau telah dianiaya oleh pihak pemerintah yang zalim. Sehingga itu semua menyedarkan beliau bahawa pemerintah hari ini adalah pemerintah yang penuh dengan kelemahan, kezaliman, korupsi dan ia perlu ditukar.

Nah! Itulah yang mengharukan hati saya. Semasa di kampus, inilah titik perbezaan yang tidak dapat mempertemukan kami. Tetapi, Alhamdulillah perubahan yang berlaku telah menyedarkan banyak pihak termasuk beliau. Itulah hidayah namanya.


Saya terfikir, betapa bertuahnya saya berada di dalam kumpulan ini. Sesungguhnya pertemuan dengan sahabat lama itu mengukuhkan lagi keyakinan bahawa perjuangan ini tepat dan benar serta wajib diteruskan melalui keupayaan yang ada demi untuk sebuah negara yang akan mendapat rahmat dan keampunan Allah...baldatun thoiyibatun wa robbun ghofuur..

Sunday, July 27, 2008

Dilarang Merokok - Di Mana Keutamaan Larangannya.

(Dari emel)

Beberapa bulan yang lalu sebuah klinik swasta telah menerima sepucuk surat dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang 'memerintahkan' agar klinik-klinik swasta diwajibkan memasang signboard "Dilarang Merokok". Dalam surat arahan itu menyebut tentang size dan di mana harus diletakkan signboard itu. Ia juga memberitahu mana-mana klinik yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan.

Kawan saya itu memberitahu tentang ketidak-puasan hatinya yang dirasakan perlu dikongsi bersama.

Pertama ialah berkaitan dengan Akta Hospital Dan Klink Swasta (AHKS). Bermula pada awal tahun 2007, semua klinik swasta perlu selesai membayar lesen di bawah akta tersebut yang baru dikuatkuasakan. Dalam dialog yang diadakan di Batu Buruk Beach Resort pada pertengahan tahun 2006, Kementerian Kesihatan (KKM) yang diwakili oleh Dr. Anis memberitahu bahawa KKM telah menetapkan penguatkuasaan tersebut tanpa memberitahu apakah hasilnya bayaran lesen tersebut kepada klinik-klinik swasta. Biasanya apabila lesen dibayar, pastilah ada perkhidmatan yang diberikan selepas itu. Namun benefitnya setakat ini tidak ada. Apa yang jelas penguatkuasaan AHKS adalah untuk 'menghukum' klinik swasta yang beroperasi secara haram. Ya, kita akui bahawa akta yang baik akan dapat membendung dari berlakunya kerosakan. Tetapi, sekiranya seseorang doktor itu telah mempunyai APC (Annual Practice Certificate) yang sah, maka KKM tidak perlu lagi 'menyusahkan' dengan arahan-arahan yang membebankan. Kerana klinik adalah entiti perniagaan di mana operasinya hanya perlukan kelulusan dari PBT (Pihak Berkuasa Tempatan). Sedangkan KKM boleh memantau kredibiliti seseorang doktor itu melalui penguatkuasaan APC.

Setahun berlalu dengan tenang. Bermula tahun 2008, KKM telah mula memberikan tekanan-tekanan dengan melakukan operasi pemeriksaan ke atas klinik-klinik swasta bagi memastikan kelengkapan yang ditetapkan oleh KKM dipenuhi. Jika tidak, amaran dan tindakan akan dikenakan. Termasuklah menampalkan signboard "Dilarang Merokok". Saya tidak mahu menyebut tentang kelengkapan dan keperluan yang ditetapkan oleh KKM dalam tulisan ini. Mungkin jika ada kelapangan, akan disentuh dalam tulisan akan datang.

Dalam hal larangan merokok ini, sepatutnya KKM tidak memberikan tekanan kepada Klinik Swasta. Walaupun menyediakan signboard ini suatu yang kecil, tetapi dengan arahan dan amaran itu adalah satu yang tidak menjana suasana profesionalisme di antara masyarakat profesional sedangkan keutamaan arahan itu sepatutnya adalah ke atas premis menjual makanan seperti warung, kedai makan, restoran dan sebagainya. Saya bekerja telah melebihi 10 tahun. Belum pernah lagi pesakit atau keluarga pesakit yang merokok di dalam klinik. Apa yang berlaku ialah masyarakat menghisap rokok di premis-premis menjual makanan. Tetapi, premis ini tidak adapun tertera signboard "Dilarang Merokok" itu. Kalau adapun amat sedikit. Apakah KKM terlepas pandang? Sekiranya pihak KKM memang yakin bahawa kempen seperti itu memang berkesan, ia perlu mendahulukan premis-premis ini sebagai target operasi.

Keduanya saya nak menyentuh sedikit tentang lesen dan penguatkuasaan. Saya melihat lesen yang dikuatkuasakan itu adalah suatu ruang untuk membolehkan KKM mengenakan tindakan. Tanpa mengira tindakan apa, tetapi dengan penguakuasaan ini, maka KKM mempunyai suatu kuasa yang dahulunya merupakan budibicara. Sekiranya penguatkuasaan itu dilakukan dengan betul dan profesional, saya amat mengalu-alukannya. Tapi setakat ini, beberapa kes yang kurang profesional telah berlaku seperti kes Dr. Basmullah (Klinik Hilal) pada bulan Februari lalu yang penuh kontroversi dan penganiayaan. Sekarang, saya bimbang langkah-langkah yang diambil oleh KKM seakan-akan lebih cenderung untuk mengenakan tindakan.

Sebagai profesional, kita perlu mendahulukan etika dan kepercayaan kepada profesionalisme yang dimiliki oleh seseorang. Jika seseorang doktor itu telah diberikan APC iaitu suatu lesen praktis oleh KKM sendiri, maka mengapa kita perlu mencurigainya pula selepas mereka berdikari dengan membuka klinik sendiri? Memang tidak dapat dinafikan adanya kes-kes negatif yang berlaku, tetapi ia terlalu sedikit dan ia perlu ditangani case by case. Oleh itu, saya amat mengharapkan agar arahan, amaran dan tindakan ke atas perkara yang remeh-temeh dapat dielakkan bagi mewujudkan suasana harmoni di kalangan profesional di samping dapat menyelesaikan masalah sebenar yang berlaku dalam masyarakat Malaysia hari ini.


Fikirlah Bahawa Kita Masih Beruntung

(Dari Emel)

Jika anda fikir tekanan anda telah cukup hebat, lihatlah mereka.


Jika anda fikir pekerjaan anda cukup sukar, bagaimana dengan lelaki ini.


Jika anda fikir gaji anda terlalu kecil, lihatlah kanak-kanak ini.


Jika anda fikir anda tidak mempunyai kawan, adakah anda mempunyai seorang kawan yang jujur?


Jika anda fikir menuntut ilmu itu sangat membebankan, bagaimana dengan budak ini.


Jika anda sudah berputus asa, lihat lelaki ini.

Jika anda fikir kenderaan anda tidak cukup baik, bagaimana dengan mereka.

Jika anda anda terasa malas untuk bekerja, lihatlah perempuan ini.

Jadi, mengapa tidak anda mensyukuri saja nikmat yang Allah limpahkan kepada anda hari ini. Sesungguhnya Allah akan melimpahkan nikmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang bersyukur. Al-Quran.

Saturday, July 26, 2008

Tidur Penghilang Kepenatan

(Cucu Tok Adam)

Penat bekerja? Sudah tentu kan... Setelah bekerja seharian, badan perlukan rehat secukupnya. Cucu cukup seronok bila masa tidur dah nak sampai. Maklumlah, kerja seharian menggunakan otak ni cukup meletihkan. Tidur merupakan saat yang ditunggu-tunggu. Melaluinya kita mengumpulkan tenaga untuk melakukan pekerjaan hari esok dan beribadah kepada Allah.

Hari ni Cucu nak berkongsi sedikit tentang adab sebelum tidur. Itupun sedikit sahaja. Maklumlah adab tidur ni siapa yang tak tahu kan? Anak-anak di prasekolahpun telah diajar. Hanya amal atau tidak saja masalahnya. Tapi yang ini memang cukup mudah dan InsyaAllah kita semua boleh lakukannya. Kalau yang ini dah dapat kita lakukan, Alhamdulillah. Mudah-mudahan amalan seterusnya jadi semakin mudah.

Seorang muslim cantik kerana agamanya. Jadi tidurnya pun harus cantik. Hendaknya seorang muslim menjaga adab-adab sebelum tidur dengan adab yang diajarkan oleh nabi kita Rasulullah SAW. Antara adab-adabnya tidak tidur terlalu lewat malam setelah solat Isya' kecuali ada perkara-perkara penting yang nak dilakukan atau adanya tetamu dan sebagainya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Barzah rodhiyallahu ‘anhu:

“Bahawasanya Rasulullah saw. membenci tidur malam sebelum (solat Isya') dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya.” [HR Bukhari dan Muslim]

Hendaknya tidur dalam keadaan sudah berwudhu, sebagaimana hadis: “Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu' terlebih dahulu sebagaimana wudhu'mu untuk melakukan solat.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim].

Nah cukup mudah bukan. Cucu teringat akan pesanan Imam Al-Ghazali dalam Ilya' Ulumuddin menyebut''...jika kamu mampu teruslah dalam keadaan suci, sebab jika kamu mati dan kamu dalam keadaan memiliki wudhu, maka matimu adalah mati syahid..''.

Mudah-mudahan amalan yang mudah ini dapat selalu kita amalkan.

Selamat Bertugas

(Biro IT)

Pagi ini, satu team khidmat kesihatan akan bertugas di Bukit Gasing. Bukit Gasing adalah kawasan pedalaman. Masyarakatnya hidup dalam suasana kampung. Bila melangkahkan kaki ke kampung itu, saya akan teringat kembali sewaktu di kampung dahulu. Bezanya ialah mereka merupakan masyarakat bermaklumat.

Saya pernah bertugas sebagai Pegawai Perubatan Khidmat Kesihatan sewaktu masa dahulu. Sama seperti team yang pergi hari ini. Saya pergi seorang diri sebab ketika itu tidak ramai pegawai perubatan di hospital. Lagipun ketika itu saya banyak masa free. Satu klinik dijaga oleh 2 doktor. Tapi sekarang, saya terpaksa menjaga klinik sendiri. Masa agak terbatas. Hari Jumaatpun banyak komitmen. Walau bagaimanapun, saya cuba beri masa juga sebulan sekali (hari Jumaat) untuk bersama-sama dengan team Papisma Terengganu untuk khidmat kesihatan.

Besar pahalanya kita membuat kerja untuk masyarakat. Apabila tujuan kita itu betul dan niat kita ikhlas, maka dengan bergabung di dalam team khidmat kesihatan itu lebih baik dari kita buat ibadat seorang diri. Sebagaimana yang pernah disebutkan di dalam buletin ini dahulu bahawa amalan kita terbahagi kepada 3 iaitu amalan untuk diri sendiri, amalan yang boleh dikongsi oleh orang lain dan amalan yang berterusan walaupun sedikit.

Dalam hal khidmat kesihatan ini, ianya boleh dikategorikan dalam amalan yang kedua. Iaitu khidmat kita itu boleh memudahkan penganjur program, boleh memudahkan orang-orang kampung bertemu doktor dan kebolehan kita itu boleh memberi manfaat pula kepada masyarakat marhaen. Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa memudahkan orang yang sedang susah, niscaya Allah akan memudahkan baginya di dunia dan di akhirat.” (HR. Muslim).

Bagi pihak Papisma Terengganu, kami mengucapkan "Selamat Bertugas".

Wednesday, July 23, 2008

Sibuk - Gunakan Masa Anda Mengikut Matlamat

(Dari Emel)

Suatu hari seorang pakar dlm bidang pengurusan masa bercakap dalam suatu kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan yang berjaya. Beliau menggunakan satu analogi yang cukup mudah dan berkesan supaya mereka dapat ingat sampai bila-bila.

Beliau berdiri dan berkata, "OK, saya ada satu kuiz untuk tuan-tuan". Beliau mengambil sebuah balang yang bermulut luas dan meletakkan di atas meja. Seterusnya beliau mengeluarkan batu-batu sungai sebesar penumbuk dan mengisi balang tersebut dengan batu itu dengan begitu cermat sehingga balang itu penuh.

Apabila balang itu sudah penuh dan tiada lagi batu yang boleh dimasukkan ke dalamnya, beliau bertanya, "Adakah balang ini penuh?" Semua orang di dalam kelas itu menjerit serentak. "Ya". Pakar itu menjawab. "Betulkah?". Kemudian beliau mengeluarkan pula batu-batu kecil dari bawah meja dan memasukkan ke dalam balang dan menggoyangkan balang itu agar batu-batu kecil itu masuk ke celah-celah batu besar tadi. Sekali lagi beliau bertanya kepada hadirin, "Adakah balang ini penuh?".

Kali ini mereka seperti was-was. "Mungkin tidak" kata salah seorang daripada mereka. "Bagus!" kata beliau. Sekali lagi dia mengambil sesuatu daripada bawah meja dan mengeluarkan sepeket pasir dan memasukkan ke dalam balang itu. Pasir-pasir halus itu masuk ke celah-celah ruang kosong antara batu besar dan batu kecil di dalam balang itu. Sekali lagi beliau bertanya, "Adakah balang ini penuh?" "Tidak!" jawab mereka hampir menjerit.

Sekali lagi beliau berkata, "Bagus!" .Kemudian beliau mengambil secawan kopi dan menuangnya ke dalam balang tersebut sehingga penuh dan bertanya kepada hadirin yang hadir, "Apakah maksud yang boleh diterangkan di sini?".

Salah seorang daripada mereka bangun dan berkata, "maksudnya ialah walau bagaimana sibuk dan penuh pun jadual kita jikalau kita bekerja keras kita sentiasa boleh memasukkan lagi perkara-perkara yang lain dalam kehidupan kita!". Pakar pengurusan masa itu berkata, "Ada benarnya juga apa yang kamu katakan itu, tetapi ada sesuatu yang lebih besar dan lebih berguna utk kita fikirkan. Jika kamu tidak memasukkan dahulu batu yang besar itu ke dalam balang sebelum batu-batu kecil dan pasir itu, kamu tidak akan dapat memasukkan batu-batu besar itu sampai bila-bila pun".

Sekarang, kita perlu memikirkan apakah batu besar dalam kehidupan kita? Sebagai contoh batu besar itu seperti tanggungjawab kita kepada Allah seperti sembahyang, menjaga syariat, akidah, akhlak, menjaga keluarga, mengejar cita-cita, dan meneruskan pencapaian matlamat hidup.

Batu-batu kecil dan pasir itu pula ibarat perkara-perkara lain yang biasa kita lakukan dalam kehidupan kita bersama rakan-rakan dan keluarga. Sebagai contoh beriadah, keluar bersama rakan-rakan, pergi berkelah dan lain-lain.

Tiba-tiba seorang daripada mereka bangun dan bertanya"Apakah pula maksud secawan kopi itu?". Pakar itu menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu, walau sepenuh mana pun jadual kerja kamu, luangkan sedikit masa untuk pergi minum kopi bersama-sama kawan-kawan kamu".

Apakah Membaca Al-Quran Bermanfaat Tanpa Tahu Maknanya?

(Dari Emel)

This is a beautiful story. May our hearts open by it.

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word?

An old man lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?' The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, 'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.'

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,' and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his
grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's useless!' 'So you think it is useless?' The old man said, 'Look at the basket.'

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

'Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.'

Tuesday, July 22, 2008

Aktiviti Rekreasi Ukhuwah Memahat Memori

(Biro IT)

"Aku bercadang untuk tutup klinik awal malam ni" Suara hatiku berbisik. "Selewat-lewatnyapun 9.45 mlm." Aku terus berazam.

Sejak pagi lagi aku telah mengingatkan isteriku tentang program rekreasi ukhuwah malam itu. Aku bimbang kalau aku tak ingat, biar dia yang akan mengingatkan. Aku agak terkejut bila diapun nak turut serta. Cepat aku membuat rumusan..."bagus juga", bisik hati kecilku.

Petang itu 21 Julai 2008, kira-kira pukul 5.45 petang aku telah menghubungi Dr. Razin tentang persiapan dari segi shuttle dan raket. Beliau setuju untuk membawa shuttle. Raket akan dibawa sendiri oleh peserta. Alhamdulillah, tak payahlah aku beli shuttle petang itu.

Sebelum aku pergi kerja malam itu aku telah menyediakan kelengkapan berupa raket 2 batang, takut-takut putus tali, boleh ganti yang satu lagi. Maklumlah, dah lama tak digunakan. Pakaian sukan aku siap-siap masukkan ke dalam kereta.

Malam tu sambil tengok patient asyik-asyik tengok jam takut-takut terlewat. Memang sungguh... agak lewat iaitu kurang 4 minit pukul 10 malam baru aku dapat melangkahkan kakiku keluar klinik, yang terletak di Manir itu.

Selepas menunaikan solat berjemaah bersama isteriku di kliniknya di Cabagng Tiga, kami bertigapun (termasuk anak lelakiku yang memang suka 'ngekor') bergegas ke TER (Terengganu Equestrian Resort), Kuala Ibai tempat program rekreasi ukhuwah itu dijalankan.

Badminton - berehatSesampainya kami di sana kira-kira pukul 10.40 malam, seramai 6 orang sahabat telah berada di sana iaitu Dr. Razin, Dr. Rohaizi, Dr. Shazli, Mr. Aman (Surgeon) Dr. Md. Arif dan seorang muslimah iaitu Dr. Norhaizi, isteri kepada Dr. Md. Arif. Pasangan ini pun GP seperti kami, tetapi mereka bertugas lebih dekat iaitu di Kuala Ibai dan Rhu Rendang. Sahabat-sahabat semua kelihatan telah berpeluh-peluh. Rupa-rupanya mereka telahpun bermain badminton beberapa set. Apa lagi... akupun tak sabar-sabar untuk turut bermain.

Razin & RoslanMula-mula aku berpasangan dengan Dr. Razin. Tahu tak siapa lawan kami? Ha... pasangan beregu campuran suami-isteri Dr. Arif - Dr. Norhaizi. Wah, hebat jugak Norhaizi tu bermain badminton. Sama handal je dengan suaminya tu. Arif & HaiziDr. Arif tu, walaupun lututnya cedera semasa accident pada tahun 1993 dulu, tapi masih sanggup dan mampu berlari keliling gelanggang untuk mengejar bola. Pasanganku pula Dr. Razin. Aku sebenarnya tak pernah tahupun yang dia tu pandai main badminton. Walaupun tubuhnya agak berisi, tapi... tak disangka cukup teror bila berada di tengah gelanggang. Itulah... kalau aku tak turun malam tu, tentu aku tak tahu kebolehan sahabat kita tu.

Rohaizi & AmanSelepas itu kami terus bermain dengan berganti-ganti pasangan. Cukup bersemangat sahabat-sahabat berekreasi. Meskipun aku tengok Dr. Rohaizi, Mr. Aman dan Dr. Shazli tu sampai 'lembik' nak pengsan aku tengok, peluh membasahi baju sampai boleh diperah, tapi mereka terus bermain. Roslan & ShazliAkupun tak tau dah berapa lama mereka ni tak bermain...macam aku lah jugak... Walaupun aku tahu yang bermain dan bersukan ni amat penting untuk kesihatan optima. Tapi maklumlah... semuanya dibatasi oleh pekerjaan dan komitment lain yang cukup menyibukkan. Akhirnya, aku yang tahu lebih pasal kesihatan, tapi pesakit yang lebih sihat sebab mereka mengamalkan apa yang aku nasihatkan, tapi aku... siapa agaknya yang akan menasihatkan aku nanti?

Badminton - ZaihanAda juga yang hanya bermain kat tepi gelanggang saja. Ajak masuk gelanggang tak mahu. Mungkin hadirnya untuk meraikan dan sebagai tanda sokongan kepada program yang dianjurkan oleh Papisma Terengganu. Contohnya seperti isteriku, Dr. Zaihan. Aku rasa kalau dia masuk dalam gelanggang, tak taulah aku dia pukul shuttle ke pukul net... Tapi yang lebih pasti ialah aku akan jadi tukang urut tanpa gajilah lepas tu.

Selepas berekreasi pada malam tu, kami berasa cukup puas hati. Semuanya berjalan lancar meskipun hanya 8 peserta sahaja yang turut serta. Aku bagi pihak Papisma Terengganu ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas masa yang kalian sumbangkan. Dengan sumbangan masa itu kalian dapat merapatkan ukhuwah, kepuasan bermain dan insyaAllah kalian juga akan mendapat pahala di sisi Allah SWT. Subhanallah...Maha Kayanya Allah.

Aku sangat berharap agar program rekreasi ukhuwah ini dapat diteruskan. kalau boleh Jurugambar - Anasseminggu sekali. Kata Dr. Razin, kalau 2 minggu sekalipun akan jadi sejuk, sebab kalau miss sekali, peluang nak jumpa dah jadi sebulan. Aku bersetuju dengan pendapatnya. Aku harap beliau sebagai Potfolio Perhubungan dapat berbincang dengan upcoming Potfolio Ukhuwah & Rekreasi, Dr. Md. Arif untk menetapkan tarikh-tarikh seterusnya. Kalau aku ada kesempatan dan masa permainan mengizinkan, insyaAllah aku tak akan ketinggalan. Tidak ketinggalan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Adik Anas b. Roslan 'cameraman cilik' yang telah menyumbangkan tenaga untuk mengambil gambar-gambar peristiwa bersejarah ini.

Sunday, July 20, 2008

Wakil Papisma Hadir Program Hari Keluarga Pasti Al-Mawaddah

(Wartawan Bebas)

Kuala Terengganu, 20 Julai - Wakil Papisma Terengganu, Dr. Roslan b. Yusof dan Dr. Zaihan bt. Salleh telah menghadiri Program Hari Heluarga Pasti Al-Mawaddah yang julung-julung kali diadakan oleh Pasti ini. Program setengah hari yang melibatkan keluarga pelajar dan jawatankuasa Pasti itu telah dihadiri oleh lebih dari 200 orang peserta termasuk pelajar-pelajar Pasti Al-Mawaddah dan keluarga mereka. Program tersebut telah dirasmikan penutupannya oleh YBhg. Ust. Wan Sukairi b. Wan Abdullah yang mewakili Pasti Negeri Terengganu.

Program itu telah dimeriahkan lagi dengan berbagai-bagai acara sukaneka yang melibatkan kanak-kanak, remaja, keluarga, lelaki, perempuan dan terbuka. Hadiah-hadiah yang disampaikan pula merangkumi hadiah-hadiah sukaneka, cabutan bertuah, hadiah pertandingan mewarna dan akademik, cenderahati kepada mereka yang berjasa dan hadiah keseluruhan.

Lebih berseri lagi apabila Program Hari Keluarga ini telah dihadiri oleh tenaga pengajar Kuliah Mingguan pagi Sabtu di Pasti itu yang terdiri daripada Ust. Azhar b. Idrus, Ust. Syed Kamil b. Syed Ahmad dan Ust. Najimuddin b. Abd. Rani. Ust. Azhar telah menyampaikan sedikit tazkirah sebelum membacakan doa penutup pada program tersebut.

Beberapa orang peserta yang memberikan komen sangat berpuas hati dengan program yang dianjurkan meskipun terdapat sedikit kekalutan semasa pembahagian hadiah. Mereka mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa terharu kerana Pasti Al-Mawaddah berjaya mengadakan program yang seumpama ini.

Saturday, July 19, 2008

Perbincangan Ilmiah: DSAI Dan DNA - Pendapat Saya

(Kaki Kayu)

Assalamualaikum.

Saya tidak bermaksud mencampuri urusan orang-orang politik. Namun sebagai umat Islam, saya mempunyai rasa hati dan pendirian sendiri terutama dengan akal yang Allah SWT kurniakan untuk meneliti dan menilai lalu menjadikannya sebagai pegangan. Saya melihat isu DSAI ini bukan setakat isu peribadi, tetapi isu negara meskipun ramai profesional kononnya tidak suka membincangkan isu ini kerana menganggap ia sebagai isu peribadi ataupun isu Parti PKR.

Kenapa saya menganggapnya ia isu negara? Sebab bagi saya DSAI adalah 'PM in waiting'. Realitinya DSAI layak dan berjaya memimpin gerakan massa ketika ini yang mampu mengubah lanskap pemerintahan negara. Isu yang diperjuangkan oleh DSAI adalah isu rakyat. Isu kebajikan, isu keselamatan, isu masa depan Malaysia, isu ekonomi, isu keadilan dan pengasingan bidangkuasa, isu kemiskinan dan pengangguran, isu kenaikan harga barang disebabkan kenaikan harga petrol dan gas dan berbagai-bagai isu yang sedang melanda negara.

Saya juga melihat bahawa negara kita ini sedang mengalami kerosakan dan sedang menuju kehancuran yang teruk. Pemimpin kerajaan hari ini sedang melindungi orang-orang yang terbukti bejat moral dan penuh dengan masalah dan penyelewengan. Pemimpin kerajaan sedang menggunakan aparatus kerajaan yang sepatutnya untuk kepentingan rakyat dan negara tetapi ia sedang digunakan sewenang-wenangnya untuk melindungi kepentingan diri sendiri dan kumpulannya. Semuanya ini dilihat oleh rakyat dengan jelas dan 'mahkamah rakyat' sendiri menilai bahawa apa yang dilakukan oleh pemerintah hari ini adalah salah dari segi undang-undang negara dan demokrasi.

Semua ini tidak mungkin akan diubah kecuali oleh suatu pakatan yang mampu disatukan untuk menentang suatu kuasa yang cukup besar. Ya... saya mengibaratkannya seperti Thalut melawan Jalut. Setakat ini kita melihat bahawa DSAI telah berjaya menyatukan suatu pakatan yang mampu mengubah lanskap politik dan pemerintahan tanahair. DSAI merupakan orang yang cukup berwibawa di mana idea serta pandangannya untuk membentuk Malaysia baru yang penuh keadilan itu mampu diterima rakyat kerana beliau adalah 'orang dalam' yang berada di pihak rakyat. Beliau adalah bekas TPM dan Menteri Kewangan. Beliau adalah orang yang paling tahu dan layak bercakap tentang urusan negara dan ekonomi kerana beliau orang yang cukup pengalaman dan pengetahuan tentang semua itu.

Kini, beliau sedang bergelut dengan isu liwat. Sebagai umat Islam, menuduh orang liwat perlu mendatangkan empat orang saksi lelaki yang tidak fasik di mana ia tertakluk di bawah undang-undang khazaf. Tanpa empat orang saksi itu, si penuduh akan dihukum dengan 80 kali sebatan rotan dengan cara Islam, meskipun orang yang dituduh itu mungkin benar melakukan liwat/zina. Penetapan Allah ini dapat mengelakkan dari penyebaran fitnah dan konspirasi serta menjadikan ia sebagai 'barang mainan'. Kalau ia ditakdirkan memang benar-benar berlaku, biarlah Allah yang membalasnya di akhirat kerana ia masalah peribadi/sosial yang hukumnya telah ditetapkan oleh Allah. Jika hukum Allah ini tidak dilaksanakan, ia boleh dipergunakan untuk kepentingan orang-orang tertentu seperti menjatuhkan orang lain dan sebagainya. Bagi saya, memilih tuduhan liwat untuk meraih kepentingan politik adalah suatu kesilapan besar di sisi Islam. Si penuduh akan dihina di dunia dan menerima azab di akhirat.

DSAI telah diberkas polis, ditelanjangkan, diperiksa setiap inci tubuhnya termasuk anggota sulitnya selama lebih 5 jam sebelum dibebaskan semula. Beliau telah menolak untuk diambil sampel darahnya bagi tujuan DNA. Itu satu langkah yang cukup bijak buat masa ini. Bagi saya, kenapa perlu beliau menyerahkan sampel darahnya sedangkan persoalan utama iaitu salinan pertuduhan oleh si penuduh itupun masih belum beliau ketahui. Apakah benar si penuduh itu menuduhnya liwat, atau adakah tuduhan itu sengaja disembunyikan dengan tujuan untuk memerangkap beliau?

Apabila kita melihat keseluruhan 'tragedi' ini, saya sebagai rakyat Malaysia merasa jijik dengan apa yang dilakukan oleh pihak pemerintah yang memperkudakan segala kekuatan yang mereka ada untuk 'membunuh' musuh politiknya. Si penuduh tak diapa-apakan, duduk diam-diam sedangkan yang kena tuduh di'buli' habis-habisan. Dari sudut keadilan, si penuduhlah yang perlu diberkas bagi mendapatkan bukti atas dakwaannya, barulah yang tertuduh boleh didakwa selepas semua bukti disahkan.

Di Malaysia, kita semua melihat bahawa imej polis memang diketahui tidak bebas melalui catatan sejarah yang tidak dapat dinafikan, dan sekarang ketuanya pula sedang didakwa. Hakim yang akan memutuskan kes pula sudah diketahui selama ini juga tidak bebas di mana ketuanya juga sedang menghadapi dakwaan. Cuba bayangkan, apakah mereka yang seperti itu yang kita harapkan untuk menyelesaikan kes DSAI dengan keadilan? Kita rakyat Malaysia yang sedang dahagakan kebebasan dari belenggu pemerintah yang telah mewujudkan keadaan yang cukup susah kepada rakyat selama ini, sudah tentu gelisah sekiranya polis dan hakim seperti itu yang menguruskan kes yang besar ini. Sudah pasti ketidakadilan akan berlaku sehingga mengorbankan 'wira rakyat' yang sedang mengetuai perjuangan membela kebenaran dan keadilan untuk rakyat. Sudah tentu kita akan kecewa lagi untuk melihat terbitnya mentari keadilan di bumi Malaysia jika DSAI berjaya diperangkap oleh tipudaya jahat seperti ini. Bagaimana pula pandangan anda?

Friday, July 18, 2008

Khidmat Kesihatan Itu Satu Sedekah

(Cucu Tok Adam)

Petang ini, satu team khidmat kesihatan Papisma Terengganu akan bertugas di Sekolah Darul Taqwa, Bt. 6. Kami mengucapkan selamat bertugas. Sesungguhnya saudara/i adalah pilihan Allah di kalangan mereka yang ada di atas muka bumi ini. Ada di antara mereka yang benar-benar inginkan kelebihan ini tetapi tidak diperkenankan oleh Allah, ada pula yang mempunyai urusan lain yang sama pentingnya dan ada yang sengaja mengada-adakan alasan. Ingatlah bahawa semua yang kita jelaskan dan kita sembunyikan adalah di dalam pengetahuan Allah SWT jua. Mudah-mudahan tenaga dan masa yang kalian infakkan untuk masyarakat itu akan dibalas oleh Allah SWT dengan sebaik-baik pembalasan di akhirat nanti.

Saya teringat akan hadis-hadis berkaitan sedekah (infak). Berikut saya paparkan sebahagiannya, mudah-mudahan akan bertambah semangat kita untuk memburu rahmat Allah melalui kerja-kerja kebajikan.


[Mafhumnya] "Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka." (Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

[Mafhumnya] "Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain." (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu. (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Marilah kita memanfaatkannya.

Thursday, July 17, 2008

Mari Bersukan Dan Bersilaturrahim

(Pengerusi Papisma Terengganu)

Assalamualaikum.
Beberapa minggu yang lalu kita telah merancang untuk mengadakan aktiviti bersama dengan tujuan untuk merapatkan ukhuwah. Aktiviti pertama yang kita rancang ialah bermain badminton. Setelah survey dibuat oleh Potfolio Perhubungan, maka beberapa sahabat telah memberikan persetujuan untuk terlibat. Booking dibuat oleh Dr. Md. Arif Ibrahim (Klinik Ihsan) di TER (Terengganu Equestrian Resort) di Kuala Ibai. InsyaAllah tarikhnya ialah pada 21 Julai 2008, pukul 9-11 malam. Semoga sahabat yang ada kelapangan, meskipun tidak memberikan nama dapat hadir bersama.

Menyentuh tentang permainan badminton ni, saya teringat semasa saya di hospital daerah dulu (1996 - 1999), saya begitu aktif dengan sukan. Antaranya badminton. Meskipun taklah pandai mana, tapi saya cukup suka dan seronok main badminton. Tak sabar-sabar rasanya nak tunggu hari tu tiba. Gelisah sekali. Kalau kena hari tu on-call, saya datang hospital hari tu bawak baju sukan. Kot-kot tak ada patient, boleh keluar kejap, main. Saya main bersama-sama penyelia dan staf hospital. 2 kali seminggu. Kalau ada kejohanan peringkat daerah, kami pakat-pakat turut serta. Setahun sekali saya wakil KESUKES mewakili Terengganu lawan Kelantan iaitu kejohanan persahabatan yang telah menjadi tradisi turun temurun. Sampailah lutut saya tercedera semasa bermain badminton. Sayapun jadi tak aktif bermain badminton.

Menyentuh tentang kejohanan persahabatan ni, saya terfikir juga kalau kita dapat mengadakan perlawanan persahabatan dengan Papisma Kelantan bagus juga. Programnya sehari. Kita pergi ke Kelantan atau mereka datang sini dengan tujuan silaturrahim dan bertukar pengalaman. Kalau mereka datang sini, pagi tu kita main sampai tengahari. Kalau ada muslimat, mereka main indoor game sudahlah... Petang kita adakan sesi diskusi. Kita carilah tajuk-tajuk sesuai. Malam kita buat dinner. Saya rasa kalau kita dapat buat dan jadikan program tahunan tentu menarik.

Sebenarnya tubuh dan mental kita perlukan rekreasi. Namun ia tidak terhad kepada sukan. Saya suka sukan sebab ia akan menenangkan fikiran dan mengaktifkan fizikal. Ia akan menyebabkan perjalanan darah menjadi aktif dan lancar. Mereka yang ada masalah penyakit yang ringan seperti sembelit, kembung, sakit kepala yang berulang-ulang, mudah letih dan sebagainya biasanya hilang dengan sukan yang berkala. So, apa lagi... marilah kita bersukan.

Wednesday, July 16, 2008

SELAMAT MENIMANG CAHAYA MATA

(Papisma Terengganu)


Untuk sahabat yang baru mendapat cahaya mata kami ucapkan "Selamat menimang cahaya mata" itulah ucapan yang menunjukkan rasa gembira dan syukur di atas kelahiran 'orang baru' dalam keluarga kalian. Kami juga mendoakan kalian dengan doa:

"Semoga Allah memberikan keberkatan ke atas kalian melalui pemberian ini. Dan syukurilah kurniaan itu, penuhkanlah keperluannya dan rezekinya."

Dengan kelahiran permata hati itu, sudah tentu akan bertambah komitmen dan tanggungjawab kalian. Meskipun demikian ia pasti tidak akan membebankan kalian kerana hadirnya cahaya mata itu dalam kehidupan kalian adalah bersama hadirnya rahmat Allah dan limpahan rezeki-Nya ke atas kalian.

Renunglah matanya yang jernih, kulitnya yang lembut, mukanya yang bersih dan dirinya yang suci tanpa dosa. Renunglah masa hadapannya yang gilang-gemilang. Renunglah amalannya yang akan menyelamatkan kalian dari azab kubur dan alam akhirat. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan semua itu dan menjadikan kita orang-orang yang beruntung.

Bersama-sama ini, ingin kami menyelitkan sedikit beberapa perkara yang berkaitan dengan menyambut kelahiran bayi. Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk kita semua.

Menyambut Kelahiran Bayi
Beberapa perkara telah disyariatkan oleh Islam ketika menyambut bayi diantaranya.

Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baru saja menerima cahaya mata. Amalan ini disyariatkan untuk menghibur saudaranya selain amalan ini juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.

Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan kepada saudaranya dan anak yang baru dilahirkan oleh isterinya itu. Antara doanya ialah seperti di atas, atau yang lebih ringkas:


" mudah-mudahan kamu diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas kamu."

Disunatkan Azan Dan Iqamah
Dari Rafi' r.a. katanya:
"Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a." (HR Abu Daud dan Tirmizi)

Melakukan azan dan iqamah ini mempunyai hikmah tertentu, selain dari usaha untuk memohon perlindung daripada gangguan syaitan, azan juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah, kepada agamaNya dan beribadah kepada-Nya. Dengan itu jika dilakukan seruan ini akan mendahului seruan syaitan. Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia yang asal sebelum digoda oleh syaitan yang ingin mengalih haluan kepada jalan jalan yang terkutuk dan dilaknati oleh Allah.

Melakukan Tahnik Atau Membelah Mulut
Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi kurma di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan-perlahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi. Ini dilakukan sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Jika tidak ada kurma maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula dan sebagainya. Adalah lebih afdhal kalau kurma itu dikuyah oleh orang alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya. Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a. katanya:

" Telah dikurnikan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda Rasulullah S.A.W.. baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku"

amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan anggota mulut bayi supaya lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.

Mencukur Rambut
Amalan ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahirannya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu:

Dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran.

Dari sudut kemasyarakatan bercukur menggalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza' iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, antaranya adalah untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana ia akan menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

Berkhatan
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak" (HR Bukhari dan Muslim)

Hukum berkhatan: terdapat perbezaan pendapat,
a) menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan al-Basri bahawa berkhatan itu sunat hukumnya.
b) Manakala menurut Imam Syafie, Imam Malik dan setengahnya yang lain mengatakan khatan itu hukumnya adalah wajib. Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang menganut Islam, hendaklah ia berkhatan sekalipun ia dari golongan dewasa".

Manakala waktu berkhatan pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan itu mula diwajibkan bilamana umur kanak-kanak hampir usia baligh. Ini kerana memudahkan bagi mereka menunaikan tanggungjawab hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka apabila baligh kelak. Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama dilahirkan. Ini bersesuaian dengan perbuatan Rasulullah S.A.W. yang melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan keduanya dalam tempoh tujuh hari ( dari hari kelahiran). (HR Al-Baihaqi).

Manamakan Anak
Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan orang bukan Islam. Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering dipanggil adalah doa yang dapat mempergaruhi keperibadian anak tersebut.

Sekian.

Perlukah Ubat Dalam Khidmat Kesihatan Percuma?

(Biro IT)

Dalam usaha kita untuk meng'optimise' perkhidmatan kita kepada masyarakat, berbagai cara telah kita lakukan. Antaranya ialah memberikan maklumat kesihatan melalui ceramah, pameran dan kaunseling, memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma, khidmat penyelidikan kesihatan seperti kencing manis dan kolesterol dengan bayaran minimun (yang kita tanggung sebahagiannya), dan khidmat rawatan dan perubatan percuma.

Kita telah melakukan banyak perbincangan dan trial & error untuk melihat mana yang terbaik untuk mengoptimakan tenaga/kos berbanding dengan kumpulan sasaran. Namun setakat ini belum ada yang terbaik yang benar-benar dipersetujui oleh majoriti daripada kita. Oleh itu kita terus membuka ruang untuk input dan diskusi yang positif ke arah mendapatkan penyelesaian yang terbaik agar manfaatnya dapat dirasai oleh segenap golongan secara lebih adil. Oleh kerana keterbatasan waktu untuk kita selalu berbincang, maka kami membuat inisiatif agar perbincangan ini dapat diluaskan lagi melalui ruangan ulasan/comments di ruangan ini. Sahabat sahabiat semua boleh meninggalkan comment/ulasan tersebut tanpa perlu mendaftar menjadi ahli. InsyaAllah pandangan-pandangan sahabat sahabiat semua akan diambil perhatian.

Saya paparkan beberapa comment yang telah kita perolehi di ruangan komen ini, dan saya membuka untuk comments yang seterusnya.

Monday, July 14, 2008

Selamat Pengantin Baru - Jadilah Ibubapa Kepada Anak Yang Soleh / Solehah

(Dr. Roslan Yusof & Dr. Zaihan Salleh)

"Selamat Pengantin Baru!"
Ucapan ini cukup mendebarkan bagi pasangan yang akan mendirikan rumahtangga. Namun ucapan ini juga cukup memberikan semangat kepada mereka kerana dengan rumahtangga mereka akan mula membina kehidupan yang lebih bermakna. Dengan rumahtangga mereka akan menempuh kehidupan baru. Ya... kehidupan baru. Itulah terma yang terbaik untuk menggambarkan situasi dan perasaan pasangan yang akan membina rumah tangga.

Kebanyakan kita yang telah berumahtangga pasti dapat mengimbas kembali perasaan hebat itu. Malah kerapkali juga perasaan dan peristiwa indah itulah yang dapat membantu mengekalkan kerukunan rumahtangga dalam menghadapi badai dan gelombang yang datang menguji yang sudah tentu syaitan adalah pencetus dan pemain utama di sebaliknya.

Di kesempatan yang cukup terbatas ini, kami ingin mengucapkan tahniah dengan doa "baarokallahulaka wabaaroka 'alaika wajama'a bainakumaa fii khoir" ("Keberkatan Allah ke atas kamu, semoga Allah memberkati kamu dan menyatukan kamu dalam kebaikan"). Sesungguhnya pilihan yang telah kalian lakukan untuk melangkah ke dalam marhalah kedua kehidupan ini telah menyebabkan syaitan menjerit dan berputus asa. Namun dalam kegembiraan yang kalian rasai semoga kalian tidak lupa akan batas-batas syarak dalam urusan walimah. Itulah ujian permulaan dan titik tolak keberkatan yang akan kalian perolehi.

Sebelum terlupa dan terlanjur kata, sukalah kiranya kami ingin mengingatkan kita semua agar dikurniakan oleh Allah SWT anak yang soleh/solehah iaitu suatu matlamat yang kita semua inginkan dalam perkahwinan, seharusnya dimulakan seawal hubungan suami isteri. Di sana terdapat doa khas yang harus dibaca oleh suami isteri sebelum bersama dengan tujuan agar benih yang disemai adalah yang terbaik dan sentiasa dilindungi oleh Allah swt.

Suami atau isteri juga harus sentiasa berdoa, biarpun ketika isteri masih belum mengandung lagi. Dalam hal ini, ada sebuah doa yang diamalkan oleh Nabi Ibrahim a.s. iaitu :

“Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa wa dzurriyyaatinaa qurrata a'yuni waj’alna lilmuttaqiina imaama ” Maksudnya, “Hai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami agar anak-anak dan isteri kami menjadi penyejuk hati kami dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa”

Anak-anak atau pasangan yang akan menjadi penyejuk hati hanya boleh terhasil apabila mereka sentiasa mendahulukan Allah daripada segala sesuatu dan tidak melalui kehidupan yang fasik (durhaka) dan dosa.

Selepas anak itu lahir, sudah tentu bukan bergantung kepada doa sahaja tetapi hendaklah mendidiknya dengan baik dan memperlihatkan akhlak yang cemerlang kepada anak tersebut.

Mudah-mudahan kita dapat sama-sama mengamalkannya agar sentiasa memperoleh kerukunan rumahtangga dan melahirkan anak-anak yang akan membentuk generasi yang soleh/solehah.

Sekian.

"DILEMA DOKTOR MUSLIMAT KERAJAAN" BUKAN FANTASI IA REALITI

(Biro Perhubungan Muslimat)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Buat tatapan semua ahli papisma Terengganu,

Dipaparkan sebuah kisah yang ingin dikongsi bersama...Pengalaman pertama...

Baru-baru ini ana dihubungi oleh SU untuk mendapatkan tenaga doktor muslimat bagi program Hari Kebajikan Wanita di Masjid PB pada 7 Julai 2008 (Hari Isnin) untuk kaunseling dan prescribe ubat. Termenung sebentar ana .....siapalah agak2nya dapat meluangkan masa pada waktu tersebut. Almaklumlah pada hari bekerja dan waktu yang singkat...Nak apply cuti pun paling2 kurang 5 hari sebelum, kalau GP nak kena pula cari locum.... Dari pengalaman2 dulu hari cuti pun payah nak cari...Betul tak SU.??..Pendekkan cerita...contact punya contact, termasuk bantuan SU still no reply. Yelah seperti yang dijangkakan. Demi Papisma Terengganu ana usahakan untuk bercuti... maklumlah dah jadi Ketua Unit ni senang sikit nak arrange tapi patient sendiri kena settle dulu ...

Tetapi yang menariknya..... team pemeriksaan kesihatan pun ana secara tak langsung terpaksa uruskan kerana surat memohon medical team dan pameran kesihatan itu ditujukan ke Pejabat Kesihatan Daerah ana, entah macamana dengan kehendak Allah ana dapat tahu pun sehari sebelum program, surat tersebut tidak diambil tindakan langsung walaupun dah hampir 3 minggu surat atas nama J/kuasa Masjid tersebut di hantar dari JKNT dengan arahan TPK(Timbalan Pengarah Kesihatan) diterima di Pejabat Kesihatan Daerah ana dan telah diminit oleh big boss ana. Cubalah bayangkan. ...May be semua itu ada hikmahnya....

So... ana terpaksa arahkan person incharge dengan authority yang ada... maklumlah big boss tak ade .... bagi menyediakan medical team petang itu juga untuk program esoknya yang ana faham sedikit sebanyak akan mengganggu perkhidmatan di klinik ana sendiri jika dilepaskan begitu saja....tanpa ana memberitahu mereka bahawa ana juga akan berada di sana....Buat pengetahuan semua team yang disediakan biasanya terdiri dari MA, Jururawat Masyarakat dan Attenden tanpa doktor... Kalau ikut giliran terkena pula staf dari klinik ana sendiri tapi... tahu2jelah... ana sendiri berkeras supaya menghantar team dari klinik lain....akhirnya beliau tetap akur.... Jadi ana rasa semua dapat bayangkan bagaimana... bila tiba hari program, staf dari klinik kawasan ana sendiri yang sememangnya mengenali ana terkejut dan tercengang2 kerana doktor pakarnya ada di situ....so dengan selambanya ana jawab; "kerja juga tengok patient... tapi sebagai doktor sukarelawan.." tanpa penjelasan selanjutnya ana memulakan tugas pada hari itu.......

Alhamdullillah program berjalan dengan lancar walaupun tanpa pameran kesihatan seperti yang dipohon oleh pihak penganjur kerana masalah surat juga di mana perkara tu tak sempat ana nak settlekan kerana ada program serentak di tempat lain,.......Program ceramah dari doktor JKNT dan doktor dari Papisma yang sememangnya telah lama mendapat pelepasan dari TPK juga berjalan lancar disebelah petang......Amin.

PENGAJARAN YANG INGIN DIKONGSI BERSAMA :

Komunikasi berkesan adalah kunci kepada kejayaan sesuatu program atau perancangan untuk lebih berkualiti.....Begitulah hendaknya dengan perjuangan kita........

KOMUNIKASI DENGAN MANUSIA DAN DENGAN ALLAH S.W.T HENDAKLAH DIJAGA SENTIASA ...."Kita hanya merancang Allah jua yang menentukan segalanya"

P/s: Harap2 pengalaman yang sama tak berulang kembali....

Hasil nukilan dari:

Biro Perhubungan (Muslimat)
PAPISMA TERENGGANU
13 Julai 2007

Perutusan Setiausaha Agong Papisma Pusat

(Dr. Awisul Islah b. Ghazali)

Papisma: Meninggikan Suara Islam Melalui Bidang Perubatan

Bismillahirrahmanirrahim

Perubatan dan kesihatan sejak zaman-berzaman merupakan salah satu daripada tuntutan ketamadunan yang penting. Tamadun Rom dan Yunani menyaksikan nama-nama besar dalam bidang perubatan dan kedoktoran. Tokoh gemilang perubatan Yunani seperti Hipocrates terus berada di dalam persada utama aliran perubatan masa kini.

Kehebatan di dalam bidang ilmu perubatan turut menampilkan beberapa mukjizat yang Allah SWT turunkan kepada Nabi-Nya. Masyarakat di zaman Nabi Isa terkenal sebagai antara mereka yang mempunyai kehebatan di dalam bidang ilmu perubatan. Justeru demi untuk menyatakan kebenaran wahyu yang diterima Nabi Isa dan untuk mengangkat kerasulannya, Allah SWT telah menganugerahkan beberapa mukjizat perubatan kepada Nabi Isa Alaihissalam. Antara mukjizat perubatan yang diterima oleh Nabi Isa antaranya ialah menyembuhkan penyakit sopak, menyembuhkan penyakit buta dan mampu menghidupkan orang mati.

Dengan teknologi perubatan yang begitu pesat pada masa ini, berbagai kaedah moden dalam perubatan terus berkembang biak. Mukjizat baru telah tiada lagi kini, tetapi mukjizat Al-Quran yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W terus hidup di dalam jiwa para muslimin dan para mukminin.

Meninggikan syiar dan suara Islam di dalam masyarakat, sama ada peringkat lokal, nasional atau internasional pada zaman ini memerlukan kita umat Islam mendalami kembali mukjizat yang ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.. Al-Quran yang turut memuatkan pelbagai ayat mengenai keagungan Allah di dalam bidang sains, perubatan dan kesihatan sepatutnya menjadi kebanggaan dan kajian kita para cendikiawan di dalam bidang perubatan dan kesihatan. Inilah juga yang dilakukan oleh cendikiawan perubatan Islam pada masa silam sehingga mampu membawa cahaya Islam melalui bidang perubatan.

Sewajarnya para doktor Islam dan mereka yang berkecimpung dalam bidang perubatan dan kesihatan mendalami lagi ayat-ayat Al-Quran yang diwahyukan oleh Allah SWT terutamanya yang melibatkan isu-isu perubatan dan kesihatan. Seterusnya merekalah yang sepatutnya menjadi pemudah cara kepada masyarakat seluruhnya.

Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma), sebuah organisasi NGO yang khusus mengumpulkan para cendikiawan dalam bidang perubatan dan kesihatan sememangnya mempunyai cita-cita yang besar ke arah itu. Papisma mengharapkan di kalangan ahli-ahlinya adalah mereka yang `rapat’ dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan seterusnya merekalah yang menjadi pemudah cara untuk masyarakat memahami permasalahan-permasalahan dan teknologi-teknologi baru yang ada dalam bidang perubatan dari perspektif Islam.

Kita benar-benar mengharapkan agar suatu hari nanti suara Islam dalam bidang perubatan akan bergema kembali di seluruh dunia dan cendikiawan-cendikiawan Islam yang `rapat’ dengan Al-Quranlah yang menjadi pemangkinnya.

Awisul Islah Ghazali
S/U Papisma 08/10

Sunday, July 13, 2008

Sunnah Yang Semakin Dilupakan

Salam.

Balik dari kerja petang tu, sambil minum-minum dan berbual-bual,tiba-tiba terasa rindu oleh kami saat-saat yang dikecapi bersama sahabat-sahabiah suatu ketika dulu. Saat di mana kami bersama-sama menikmati rezeki Allah yang terhidang di dalam dulang…walaupun hanya berlaukkan ikan kering dan telur goreng masak kicap. Terbayang saat menikmati hidangan sehingga licin dulang tersebut, tidak ada sedikitpun yang tertinggal, bahkan semuanya menjilat jari keenakan. Ahh..alangkah indahnya saat itu. Sayangnya sunnah itu sudah semakin dilupakan.

Tidak disangka, kenangan terhadap nostalgia lalu pada petang itu menghasilkan satu perancangan yang begitu mengujakan. Malam itu yang berkebetulan merupakan malam minggu kami, akan kami raikan dengan acara makan sedulang bersama anak-anak! Ya Allah..tak dapat dibayangkan bagaimana seronoknya perasaanku dan bagaimana terujanya aku dengan acara yang bakal diadakan bersama anak-anak pada malamnya.

Akhirnya saat yang begitu mengujakan itu tiba. Pulang sahaja suamiku dan anak lelakiku dari masjid, terus dipanggil anak-anak yang lain untuk makan bersama. Bila aku mula mengangkat keluar hidangan nasi dan lauk di dalam dulang...apa lagi...bersimpang-siur soalan keluar dari anak-anakku yang sememangnya sentiasa celoteh! Dan bila kami mula menghadap makanan...jelas sekali rasa kegembiraan terpancar di wajah-wajah mereka. Apa yang menyebabkan merekapun turut teruja..Allahua’lam. Mungkin disebabkan kelainan yang mereka rasai dari hari-hari biasa? Mungkin disebabkan seronoknya mereka dapat berhimpit-himpit dan berebut-rebut makan antara adik-beradik serta ummi dan abinya?

Yang pasti..keseronokan yang kami rasai pada malam itu, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saat yang begitu indah ini terasa rugi kalau tidak dirakamkan sama untuk kenangan. Alhamdulillah, idea untuk merakamkan peristiwa ini memberikan peluang untuk aku berkongsi cerita dan gambar bersama sahabat-sahabiah.




Abi membacakan doa, kami meng-aminkan. Dari kiri, Abi, Anas (Angah), Aisyah, Amirah, Atiqah & Ummi. Ammar (Along) dah tak de kat rumah...tinggal di asrama.








Selesai membacakan doa...apa lagi..1, 2, mula! Alahai, gambar Angah tak na
mpak le. Ada kat sebelah Abi tu.







Begitu berselera sekali nampaknya Abi!...Anas dah hilang pulak? Mana taknya, dah offer diri untuk jadi cameraboy...







Abi, tambah sayur lagi! Ummi, tambah nasi lagi! Hahh..tu dia! Tak berenti mintak tambah!






Fulamak, dah hampir licin? Berselera sungguh anak-anak kali ni. Dah berapa kali tambah tu?






Akhirnya…tak sedikitpun yang tersisa! Alhamdulillah...

Keesokannya, nak tau apa kata anak bongsu kami bila ummi dan abinya mula nak keluar rumah untuk ke tempat kerja? ”Eh, ummi ngan abi nak pergi mana? Kita makan sama-sama dalam dulang dululah...” Alahai puteriku... Tetapi semenjak hari tu sampai sekarang, kami tetap meneruskan sunnah yang semakin dilupakan itu bersama anak-anak bila saja kami berpeluang...Alhamdulillah.


Untuk sahabat-sahabiah..jom kita kembali hidupkan sunnah ini..! Walau sunnah yang nampak kecil… tapi punya rohnya yang tersendiri dalam pembinaan jiwa. Moga disaat segala sunnah rasul ini diperlekehkan, kita masih mampu beramal dengan segala sunnah-sunnah yang ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah SAW.